Nie dipetik daripada majalah Cosmopolitan edisi April 2009 :
1. Setiap kali pulang kerja, ada saja perkara yang kamu nak kutuk mengenai bosmu.
2. Rasa macam nak menangis sebaik sahaja kamu melangkah masuk ke pejabat setiap pagi. Stressnya!
3. Jawatanmu bukan main dan gempak lagi, tapi gajimu sekadar tahap pekerja junior walaupun kamu sudah berkhidmat di syarikat sama 10 tahun lamanya.
4. Kamu terpaksa meng'hodoh'kan penampilan ala-ala Ugly Betty gara-gara majikanmu yang gatal semacam. Tak senang duduk melihat renungan semacamnya itu!
5. Kamu langsung tak pernah dipuji oleh bos malah seringkali pula dikeji walaupun kamu yakin hasil kerjamu adalah yang terbaik berbanding teman sekerja lain.
6. Berkali-kali kamu ditawarkan pekerjaan baru yang tiga kali gandalebih tinggi bayaran gajinya untuk jawatan yang lebih baik.
7. Apabila kamu sendiri berasa dirimu gagal menghasilkan yang terbaik dalam setiap tugas diberikan dan tak suka dengan pekerjaan yang dilakukan.
8. Kamu dengan sengaja atau tidak telah mendatangkan kerugian besar kepada syarikat atas kecuaianmu.
9. Matamu tak henti-henti menjeling jam tangan kerana tak sabar menunggu waktu pulang. Setiap saat yang kamu lalui di pejabat terasa begitu menyeksakan.
10. Kamu terdengar desas-desus syarikat tempatmu bernaung itu bakal muflis. Lebih baik kamu 'cabut' dulu!
Two Years Hiatus Mode
7 years ago
no 1, 2, 3, 5, 6, 9, dan 10-tanda2cat yang sedang akue alamiah....
ReplyDeleteyg no 4 akue kureng sket..akue pakai secantik yang boleh..hehehehe lagipun bos beta adalah pompuan..no 7 dan 8 akue tak ngaku akue salah..hahahahaha..macamlah bos kita tak eprnah wat salah kan...hahahahahaha