Tuesday, September 15, 2009

hari raye

pejam celik pejam celik
nak raye daaa.. lagi 4 hari nak raye
persiapan raye pun ala-ala kadar jek
dlu meriah gak la baju kurung berpasang2 and bermacam-macam warna, kuih raye beraneka jenis, kat umah pula siap tukar kain langsir baru la etc
tapi smuanya tinggal kenangan je sbb rase tahun ni tak begitu meriah sangat

anyway..

nak wish kepada smua mber-mber muslim and muslimat :

' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

Maaf Zahir dan Batin

Saturday, September 12, 2009

Dua Mata, Dua Telinga dan Satu Mulut

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu kedepan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan dua telinga di kanan dan di kiri, supaya kita bisa mendengarkan semuanya dari dua sisi. Untuk bisa mengumpulkan pujian dan kritik dan menyeleksi mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada satu orang pun yang bisa mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita. Dan apa yang kita pikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga dari pada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan dua mata, dua telinga tapi kita cuma diberi satu mulut. Itu artinya kita harusnya lebih mendengar, melihat 2x lebih banyak daripada berbicara. Berhati-hatilah dengan apa yang kita ucapkan. Karena ucapan yang menyakitkan sangat sulit ditarik kembali. Sehingga ingatlah bicara yang perlu tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan satu hati jauh didalam tulang iga kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemukan cinta yang jauh lebih indah.

Wednesday, September 9, 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

Di ambil dari email.

weight issue (taken from the sun)

Date : 09/09/09

Weight issue through male and female eyes

Today, i read free newspaper The Sun and find an interesting topic 'Weight issue through male and female eyes'. In this survey of thousands of male & female members (dating websites Matchmaker.con, Date.com and Amor.com) a significant discrepancy was observed between male and female perspectives on what is important in a relationship.

90% of overweight women thought that men found overweight women unattractive. But the true is (see the statement below) :

For male,
15% - preferred thin women.
80% - felt that women who were overweight were 'less bitchy' and 'more loving' than thin women.
68.7% - felt that 'what is on the inside is more important than what is on the outside'
54.2% - considered heavier women to be better in bed.

If ask for dating with heavy women,
79.9% - of the men responded that it didn't matter
63.8% - didn't mind if she was overweight but do well to lose some weight
20.5% - of them indicated that they would not date a women who was overweight.

For the women part,
87.6% - they would dating with an overweight man because citing feeling more protected by a bigger man
74.3% - its depended on how overweight he was
29.8% - they wanted a man who was physically fit and keeps in shape.

Tuesday, September 8, 2009

undangan ke majlis perkhawinan

Undangan ke majlis perkhawinan saya yang akan berlangsung pada 22hb Sept 2009.
Hehehe mesti korg terkejutkan.. tup tup tup tetiba je nak kawen!!
Bukan saya yg nak kawen tapi my best fren since kat mrsm kt dlu tahun 1997 until skang nie nak kawen!!

Tumpang gembira untuk dia. Tak sangke dia dlu than saya.
My b.fren ni cite dia jumpa bakal suaminya baru 2 minggu and trus bertunang tak sampai 6 bulan. Pastu tu ni nak nikah raye nie.. Memang cinta kilat la cinta ko, Ita!!
Teringat kisah gila-gila bersama Ita time skolah dlu. Miss u sgt!!
Insyaallah saya akan dtg ke kenduri dia nanti and bawa hadiah paling gempak. Tunggu




ni la pics my best fren Ruzita with his fiancee. Tis pic time mereka berdua bertunang. Ita nampak control ayu.. padan kan mereka berdua!!

Monday, September 7, 2009

luxury apartment with private water park @ puchong

Hari ahad (6hb Sept) lepas.

Sesaje gi tengok show room kat Puchong sbb tgh mencari umah untuk dibeli bersama adik.
Memang lawa giler tempat tu ala-ala resort la, tengah dalam pembinaan and dijangka siap bulan Mac 2010. Harga not to bad starting rm220k hingga rm300k.

Untuk bumiputera diskaun 7% plus rebat 10% so dapat la rm188k. Downpayment hanya rm3,000 je akan dapat balik rm3,000 tu time dapat kunci umah. Yang bestnye.. umah ni siap ngan kabinet dapur, lantai ceramic, air-cond 3 buah pendek kata memang tak yah nak gatal2 renovated dahh!!

Lagipun ade water park ala-ala sunway lagoon!! Tu yang best siap ade tempat riadah sekali. Tengah memikir nak beli ke tak? Keluasan umah memang ok antara 930 & 1100 sq.

Camne ekk nak beli ke takk.. ????



view dari depan

nie view umah tingkat bawah

full view

tingkat bawah - ade tangga cam pic no 2 tadi. tingkat 1 ade balkoni, tingkat 2 hingga tingkat atas sekali takde balkoni tapi still cantik n luas.

Saturday, September 5, 2009

bazaar ramadhan shah alam

VENUE : BAZAAR RAMADHAN STADIUM SHAH ALAM
TIME : 4.30 PM - 5.15PM

Pada hari ahad lepas, 30hb August sesaje jalan-jalan ke Shah Alam, singgah Plaza Alam Sentral, Kompleks PKNS, Tasik Shah Alam, Giant Shah Alam last sekali singgah bazaar ramadhan di area Stadium Shah Alam.

Kat bazaar ini ada bermacam-macam juadah makanan, minuman serta kurma dijual, tak silap ade lebih 50 gerai yang berniaga. Harga sangat berpatutan.

Macam-macam yang dibeli antaranya Nasi Ambeng (haa penah makan? sedap tau !! dalam tu ada nasi putih, mee goreng, ikan kering, ayam masak kicap, kerisik kelapa, sayur2an goreng - harga rm5.00 je), then beli kurma 1 bekas harga rm7.00, beli mihun & kueh tiaw sup 1 paket harga rm4.00, then ade la kuih-muih skit dalam rm2.00 dapat la 5 biji. Then singgah kat gerai rojak singapore.. sedap-sedap.. dia ala-ala yong tau fu tapi versi bergoreng. Hehehe.. seb baik habis tau masa berbuka tempoh hari.

So kalau ade masa, singgah-singgah la bazaar ramadhan di Shah Alam.. memang best gilerr!!



macam-macam jenis mee sup
air air
cekodok durian pun adoo
air mangga yg sedap gilerrnie la gerai nasi ambeng
nie antara yang perlu di letak dlm nasi ambeng
air kelapa laut
piza!!
gerai jual air soya serta tafufa
abg encem posing depan gerai air dia.. muahaha
nasi ayam pun ade
murtabak pun ade - ayam n daging
nie la gerai kurma yg kitorg singgah
haa.. nie rojak singapore!! lum penah cube? singgah la di shah alam
akak tu tgh motong2 yang kitorg pilih smua nya harga rm7.00
macam-macam ada
jgn tengok-tengok je
jum beli sekarang gakkk