Tuesday, August 25, 2009
uji personaliti anda
Kuiz 1
seminggu hanya terdapat 7 hari,
sekiranya boleh ditambahkan sehari lagi untuk seminggu,
hari apakah yg anda ingin tambahkan???
a. isnin b. rabu c. jumaat d. ahad
Kuiz 2
Sekiranya rumah anda mengalami banjir,
yg manakah akan anda selamatkan barangan di bawah ini?
a. peralatan elektrik b. barangan di atas kabinet c. koleksi peribadi d. perabot
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapannyerrr
Kuiz 1
a. isnin - perhubungan anda n kekasih tidak begitu baik. Si dia slalu merungut sbb mengabaikan perasaannya sbb anda terlalu gila bekerja serta terlalu mengejar kejayaan dlm karier anda. Anda tidak hiraukan dgn kewujudan percintaan dlm hidup anda.
b. rabu - anda sesat di antara cinta n kerjaya. Bila ade kekasih, sanggup berkorban demi cinta hingga kerjaya pun ditolak tepi. Akan tetapi, bila dah putus cinta, anda berazam nak berjaya dalam kerjaya anda.
c. jumaat - seorg yg rasional. tahu tanggungjawab yg anda pikul. tidak campur aduk kerjaya dan percintaan. Merupakan kekasih n pekerja yg bagus sbb dapat membahagikan masa utk kedua2nya.
d. ahad - tidak suka bekerja, lebih suka bercinta je. Bagi anda, bekerja utk cari wang sbb tu anda lebih berharap sentiasa bercuti daripada bekerja.
Kuiz 2
a. peralatan elektrik - seorg yg realistik, sgt memilih kekasih.
b. barangan di atas kabinet - stg mementingkan keseronokan dlm hidup. Tiada permintaan yg melampau jika memilih kekasih tapi yg penting mesti seorg yg humor dan optimistik. Bagi anda kebahagiaan lebih penting dari wang. Cewahh
c. koleksi peribadi - sgt romantik,kekasih anda mesti minat kesenian. Anda inginkan seorg teman hidup, kekasih anda perlu sentiasa memajukan diri dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan.
d. perabot - kekasih anda mesti hensem/cantik. kekasih anda mesti pandai bergaya sbb anda nak tayang kat mber2 n sedara mara. Erkk tolong laa
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Monday, August 24, 2009
Pics (using sony w508)
So rase berpuas hati la even tak sehebat dslr n digital still camera.
Camera sony w508 nie 3.2 megapikel baru beli 2 bulan lepas.
So ape pendapat korg tentang gambar yg di amik??
Saturday, August 22, 2009
Teman Lelaki Yang Berkualiti
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….
1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?
4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.
6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.
(petikan ini datangnya daripada email)
Tempahan Untuk Hari Raya
Saje-saje je nak iklan dalam blog..
Ade sesape yang berminat untuk tempahan kek, tart or kerepek ubi pelbagai perisa ley info ako..
Kerepek ubi pelbagai perisa :
Lada hitam, kari, bbq, pedas basah, pedas kering, tomato, ayam, original.
Ada juga jejari spicy dan jejari bilis
250gm - rm 4.00
500gm - rm 7.00
1ooogm - rm 14.00
Friday, August 21, 2009
Amazing Thailand Festival 2009 di Mid Valley
Thursday, August 20, 2009
MIECC, MINES RESORT CITY (13th-16th Of August 2009)
Venue : MIECC, Mines Resort City
TIGA BELAS AURAT WANITA
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


