Kuiz Kerjaya Ideal
Anda boleh mengetahui apakah contoh pekerjaan yang sesuai untuk anda dengan mengambil kuiz ini. Pertama, baca huraian-huraian mengenai empat "dimensi" atau aspek perwatakan yang diberikan di bawah dan kemudian, pilih hanya satu pasang perwatakan yang paling sesuai dengan perwatakan anda. Perwatakan anda merupakan gabungan pilihan-pilihan anda daripada empat dimensi perwatakan yang diberi.
1. Ke manakah hala tujuan tenaga anda?
Tenaga seseorang yang "extravert" akan ditujukan terutama secara luaran, ke arah orang lain dan persekitaran. Orang-orang "introvert" pula lebih cenderung untuk menyendiri, melayan fikiran dan perasaan sendiri.
Extraverts selalunya : · Aktif · Suka bercakap · Menyuarakan pendapat/fikiran · Suka dikelilingi orang ramai · Beralih perhatian dengan senang
Introverts selalunya: · Menyimpan tenaga · Kurang bercakap · Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu · Lebih selesa menyendiri · Daya konsentrasi tinggi
Pilih Extraverts(E) atau Introverts(I): _____
2. Apakah maklumat yang anda ingat dan peka?
"Sensors" peka terhadap fakta yang terperinci dan kehidupan sebenar dunia manakala "intuitives" adalah lebih cenderung terhadap kaitan dan hubungan di antara fakta dan makna, dan juga potensi fakta tersebut.
Sensors selalunya : · Memandang tinggi kepada yang praktikal · Memfokus kepada fakta dan yang maklumat-maklumat spesifik · Berterus terang · Lebih berpegang kepada kenyataan dan pemerhatian sendiri · mementingkan keadaan semasa
Intuitives selalunya : · Memandang tinggi kepada yang kreatif · Memfokus kepada idea dan konsep. · Mempunyai pemikiran yang bersimpang siur · Lebih berimaginasi dan melihat potensi · Mementingkan masa hadapan
Pilih Sensors(S) atau Intuitives(N): _____
3. Bagaimana anda membuat keputusan?
"Thinkers" membuat keputusan berdasarkan perkara-perkara yang objektif, logik dan rasional manakala "Feelers" membuat keputusan berdasarkan perasaan, kata hati dan naluri.
Thinkers selalunya : · Tenang dan tidak ramah · Bersifat objektif · Jujur dan berterus terang · Bersifat mengkritik · Pentingkan pencapaian
Feelers selalunya : · Mesra dan ramah · Senang kecil hati · Sensitif dan bersikap diplomatik · Rajin menolong orang lain · Pentingkan penghargaan
Pilih Thinkers(T) atau Feelers(F): _____
4. Bagaimanakah suasana di mana anda berasa selesa?
"Judgers" menyukai suasana yang teratur, berstruktur dan boleh diramal, di mana mereka boleh membuat keputusan dan menyelesaikan kerja. "Perceivers" berminat untuk mendapat pengalaman di pelbagai suasana, di mana mereka mempunyai berbagai pilihan dan senang menyesuaikan diri.
Judgers selalunya : · Serious dan formal · Peka kepada masa · Suka membuat perancangan · Kerja diutamakan · Suka menyudahkan kerja
Perceivers selalunya : · Riang dan bersahaja · Tidak peka kepada masa · ‘Tunggu dan lihat’ · Kerja dilengahkan · Suka memulakan kerja
Pilih Judgers(J) atau Perceivers(P): _____
Gabungan 4 pilihan yang anda lakukan itu akan melambangkan aspek-aspek perwatakan anda. Terdapat 16 jenis gabungan perwatakan, satu daripadanya adalah pilihan anda dan di bawahnya adalah contoh pekerjaan yang sesuai untuk anda. Contohnya: Jika anda memilih Introverts(I), Sensors(S), Thinkers(T) dan Perceivers(P) maka gabungan perwatakan anda adalah I,S,T,P.
Pekerjaan I,N,F,P
Ahli Psikologi
Pengarah Seni
Professor
Pustakawan
Pereka Fesyen
Pekerjaan I,N,F,J
Penulis
Editor
Ahli Bahasa
Guru
Kaunselor
Pekerjaan I,N,T,P
Ahli Muzik
Pereka Perisian Komputer
Ahli Ekonomi
Pereka Laman Web
Professor Falsafah
Pekerjaan I,N,T,J
Arkitek
Pakar Kardiologi
Penganalisa Berita
‘Webmaster’
Pereka Perisian Komputer
Pekerjaan I,S,F,P
Doctor
Chef
Jururawat
Pereka Landskap
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Pekerjaan I,S,F,J
Kaunselor Bimbingan
Pengurus Harta
Doktor
Pereka Ruang Dalaman
Pustakawan
Pekerjaan I,S,T,P
Pegawai Polis
Juruterbang
Pengaturcara Komputer
Ahli Bomba
Pereka Perisian Komputer
Pekerjaan I,S,T,J
Pengurus Pejabat
Pegawai Polis
Ahli Kaji Cuaca
Broker Hartanah
Akauntan
Pekerjaan E,N,F,P
Pereka Grafik
Wartawan
Eksekutif Pengiklanan
Pegawai Sumber Manusia
Perekacipta
Pekerjaan E,N,F,J
Penerbit rancangan TV
Eksekutif Pemasaran
Editor Majalah
Pekerjaan E,N,T,P
Pegawai Bank
Pengarah Seni Pengiklanan
Pegawai Pemasaran Internet
Personaliti Radio / TV
Pekerjaan E,N,T,J
Jurutera Kimia
Hakim
Eksekutif Pemasaran
Penganalisa Ekonomi
Usahawan
Pekerjaan E,S,F,P
Guru Tadika
Pegawai Perhubungan Awam
Agen Pelancongan
Doktor Haiwan
Pakar Terapi
Pekerjaan E,S,F,J
Jururawat
Ahli Sukan
Pegawai Hartanah
Agen Pelancongan
Guru Sekolah Menengah
Pekerjaan E,S,T,P
Broker Saham
Jurutera Awam
Kontraktor
Jurujual Insurans
Guru Teknikal
Pekerjaan E,S,T,J
Pegawai Tentera
Peguam
Jurujual Insurans
Ahli Farmasi
Pengurus Harta
Two Years Hiatus Mode
7 years ago